Informasi Permainan Video Terkini
EA Berkongsi Informasi Lanjut Kemaskini Seterusnya Buat Battlefield V ‘Chapter 2: Lightning Strike’
PC

EA Berkongsi Informasi Lanjut Kemaskini Seterusnya Buat Battlefield V ‘Chapter 2: Lightning Strike’

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

EA hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kemaskini seterusnya buat permainan Battlefield V, dengan kemaskini Chapter 2: Lightning Strike yang man aianya akan menyertakan sebilangan kandungan dan senjata baharu.

Menurut EA, kemaskini tersebut akan mula dilancarkan pada 17 Januari 2019 ini dimana ianya bakal tiba secara berperingkat. Benda pertama yang bakal mereka bawakan adalah mod koperasi sebanyak empat pemain. EA juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa sebilangan senjata senapang baharu buat kelas Assault, Medic dan Support bersama-sama dengan kenderaan dan kandungan kosmetik baharu.

Selain itu mod Squad Conquest juga diumumkan yang mana ianya boleh dimain bermula 17 hingga 30 Januari. Melalui mod tersebut, ianya akan memfokuskan 16 pemain sahaja dimana akan terdapat 8 pemain di dalam satu pasukan bertempur untuk mengawal tiga kawalan bendera.

Bagi anda yang ingin melihat senarai penuh kemaskini Battlefield V, anda boleh melayari laman rasmi EA.

Battlefield V merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan era perang dunia kedua. Ianya dilancarkan oleh EA dan dibangunkan oleh DICE untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum ini telahpun berkongsi ulasan kami berkenaan Battlefield V di mana anda boleh membacanya di bawah.


TIPS & ULASAN