Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Memperlihatkan Kandungan Kostum Tambahan Buat Jump Force

Bandai Namco Memperlihatkan Kandungan Kostum Tambahan Buat Jump Force

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Bandai Namco akan menyediakan sebilangan kandungan kostum tambahan buat pelanggan yang membuat pra-tempahan dan pembelian awal permainan Jump Force.

Terkini, mereka berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan kostum-kostum tersebut bersama-sama video acah khas bersempena dengan pelancarannya yang semakin hampir.

4 Kostum tambahan tersebut adalah Frieza’s Hover Pod, Pirate’s Coat, Fourth Hokage Cloak dan Frieza Army Battle Jacket. Kesemua kostum tersebut boleh digunakan untuk watak pemain manakala Frieza’s Hover Pod pula adalah kenderaan khas yang pemain boleh gunakan ketika berada di dalam lobi permainan tersebut.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kostum-kostum tesebut, anda boleh membuat pra-tempahan permainan tersebut bermula hari ini mellaui pengedar rasmi Bandai Namco, ataupun melalui PSN Store bermula dengan harga RM239.

Sebelum ini, Bandai Namco juga umum bahawa mereka akan mengadakan sesi beta terbuka buat permainan tersebut pada hujung minggu ini.

Jump Force akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN