Skip to main content

Sebelum ini, IO Interactive menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan pernambah-baikkan buat Hitman: Blood Money dan Hitman: Absolution sebagai permainan koleksi, Hitman HD Enhanced Collection. Menurut mereka, permainan tersebut bakal tiba pada 11 Januari 2019 lepas di Playstation 4 dan Xbox One secara digital.

https://www.youtube.com/watch?v=wB0a3pga5xc

Terkini, permainan tersebut akhirnya tiba secara rasmi buat pasaran Malaysia melalui PSN Store dengan harga RM240. Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Hitman: Blood Money asalnya dilancarkan di PC, Playstation 2, Xbox dan Xbox 360 pada 2006 lepas. Manakala Hitman: Absolution pula dilancarkan pada 2012 di PC, Playstation 3 dan Xbox 360.

Melalui Hitman HD Enhanced Collection, IO Interactive menyatakan bahawa ianya akan menyertakan sokongan resolusi 4k bersama dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS. Selain itu, IO Interactive juga menyertakan beberapa pernaik-tarafan visual seperti tekstur, pencahayaan bersama-sam dengan kawalan yang dinaik-taraf.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari PSN Store Malaysia untuk membelinya.

Leave a Reply