Skip to main content

Brawl Stars merupakan permainan terbaru oleh Supercell. Ia dikeluarkan secara global pada 12 Disember lepas, namun pemain di Malaysia sudah dapat mencuba permainan tersebut pada Jun tahun lepas. Selepas sebulan ia dikeluarkan, Sensor Tower menganggarkan permainan tersebut mencatat jumlah pendapat sebanyak $63.4 juta(~RM259 juta) untuk bulan pertama.

Mengikut negara, Amerika Syarikat merupakan penyumbang tertinggi dengan 26% manakala Jepun dengan 15% dan diikuti Korea Selatan dengan 12%.

Walaupun jumlah tersebut adalah satu pencapaian yang baik, namun ia agak rendah jika ingin dibandingkan dengan Clash Royale yang mencatat lebih $136.5 juta (~RM559.24 juta) untuk bulan pertama.

Leave a Reply