Skip to main content

Melalui pengumuman di Steam Development, Valve hari ini berkongsi beberapa statistik bagi Steam untuk tahun 2018. Antara yang dikongsikan adalah;

  • Secara purata terdapat 47 juta pengguna purata harian.
  • Secara purata terdapat 90 juta pengguna aktif harian.
  • Jumlah pengguna serentak tertinggi mencecah 18.5 pengguna.
  • Secara purata terdapat 1.6 juta pembeli baharu setiap bulan.

Selain itu, Valve juga mengumumkan peningkatan pengguna untuk benua Asia. Mereka memperlihatkan perbandingan di antara tahun 2012 dan tahun 2018. Tahun 2012 majoriti pembeli adalah pengguna dari benua Amerika Utara dan Eropah Barat. Namun untuk tahun 2018, pengguna dari benua Asia menyamai jumlah pembelian di kedua-dua benua tersebut.

Manakala untuk tahun 2019, antara perancangan oleh mereka adalah meningkatkan kualiti penyenaraian di Steam. Mereka kini sedang membangunkan enjin cadangan yang menggunakan pembelajaran mesin. Ia boleh membantu untuk pemain akan menemui permainan berdasarkan minat mereka. Ini diharapkan dapat membantu, pemain untuk membeli lebih banyak permainan yang digemari oleh mereka.

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang mencabar untuk Steam. Hadirnya kedai dalam talian sepert Epic Games Store sudah semestinya akan menjadi satu persaingan buat mereka yang sebelum ini berseorangan di puncak.

Leave a Reply