Informasi Permainan Video Terkini
Bethesda Menawarkan Fallout Classic Collection Secara Percuma Buat Pemain Fallout 76
PC

Bethesda Menawarkan Fallout Classic Collection Secara Percuma Buat Pemain Fallout 76

Diterbitkan pada Jan 14, 2019 oleh .

Bagi anda yang memiliki dan bermain permainan Fallout 76 pada tahun lepas, Bethesda Softworks hari ini menawarkan permainan Fallout Classic Collection secara percuma melalui PC.

Fallout Classic Collection adalah koleksi permainan Fallout, Fallout 2 dan Fallout Tactics. Untuk mendapatkan permainan tersebut, anda hanyalah perlu log masuk ke dalam aplikasi Bethesda Launcher dan terus memasang permainan tersebut melalui senarai permainan.

Anda juga berupaya untuk menghubung akaun Playstation 4 dan Xbox One anda untuk mendapatkan permainan tersebut. Namun, Fallout Classic Collection tersebut hanya boleh dimainkan di PC sahaja.

Sememangnya ini merupakan tawaran yang menarik terutamanya mereka yang ingin menyelami semula permainan klasik Fallout. Walaupun begitu, tindakan ini mungkin hanyalah seakan satu gimik atas segala masalah yang sering dihadapi oleh permainan Fallout 76. Namun untuk mendapatkan ketiga-tiga permainan tersebut secara percuma, berbanding harga RM31 melalui Steam, sememangnya ianya adalah tawaran yang sangat menarik.

Fallout 76 adalah permainan terkini bagi siri tersebut yang mana ianya memfokuskan bentuk multi-pemain. Ianya telahpun dilancarkan pada November lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami di Aksiz juga telahpun membuat ulasan berkenaan permainan tersebut dan anda boleh membacanya di pautan bawah.


TIPS & ULASAN