Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memperlihatkan Keyblade Rekaan Konsol Esklusif Buat Kingdom Hearts 3

Square-Enix Memperlihatkan Keyblade Rekaan Konsol Esklusif Buat Kingdom Hearts 3

Diterbitkan pada Jan 14, 2019 oleh .

Sebelum ini, Square-Enix memperlihatkan senarai senjata Keyblade buat permainan Kingdom Hearts 3 yang mana ianya adalah senarai Keyblade mengikut dunia buat permainan tersebut.

Terkini, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkan Keyblade dengan rekaan khas berdasarkan rekaan konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Bagi mereka yang membuat pembelian awal permainan Kingdom Hearts 3 di Playstation 4, anda berpeluang utnuk mendapat Keyblade Midnight Blue yang mana ianya mempunyai rekaan simbol Playstation. Menariknya, Keyblade tersebut juga akan meningkatkan serangan sihir Blizzard bersama-sama dengan kemahiran Blizzagan buat serangan Situation Command.

Namun apa yang membuatkan Keyblade tersebut lebih menarik adalah ketika Sora menyerang musuh dengan menggunakan Keyblade tersebut, simbol-simbol Playstation juga akan keluar dan memberi kesan visual efek yang sangat menarik.

Bagi pengguna Xbox One pula, bagi yang membuat pembelian awal Kingdom Hearts 3, anda berupaya untuk mendapatkan senjata Keyblade Phantom Green dimana ianya juga akan meningkatkan serangan sihir Thunder bersama-sama kemahiran Situation Command Thundagan.

Seperti Keyblade Midnight Blue, Keyblade Phantom Green juga akan mengeluarkan efek visual logo Xbox yang mana logo tersebut juga terpahat di dalam rekaan Keyblade tersebut.

Keyblade terakhir merupakan Keyblade Dawn Till Dusk yang mana ianya adalah terhad kepada pelanggan yang membuat pembelian melalui Amazon. Melalui Keyblade ini, ianya akan meningkat serangan sihir Fire.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut. Sony juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 yang mana anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.


TIPS & ULASAN