Informasi Permainan Video Terkini
Peringkat Tambahan Untuk Celeste Menyertakan Barangan Dan Mekanik Baharu

Peringkat Tambahan Untuk Celeste Menyertakan Barangan Dan Mekanik Baharu

Diterbitkan pada Jan 14, 2019 oleh .

Matt Thorson iaitu pereka Celeste pada tahun lepas mengumumkan bakal menyertakan peringkat baharu untuk permainan tersebut, beliau mengatakan peringkat tersebut adalah lebih sukar berbanding peringkat-peringkat sebelum ini.

Selain itu beliau juga mengatakan yang peringkat tersebut akan menyertakan barangan serta mekanik baharu dan merupakan peringkat berterusan tanpa side-B. Peringkat tersebut juga tidak akan menyertakan sebarang Strawberries iaitu antara collectible untuk permainan ini.

Beliau sebelum ini mengumumkan yang akan mengeluarkan peringkat tersebut pada awal tahun 2019, akan tetapi bukan pada 25 Januari 2019 yang merupakan ulang tahun pertama untuk permainan tersebut.

Celeste merupakan permainan platformer yang dikeluarkan oleh Matt Makes Games pada 25 Januari 2018 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi anda yang memiliki Xbox One dan mempunyai langganan Xbox Live Gold, permainan ini ditawarkan percuma sehingga 31 Januari 2019.

Bacaan Lanjut: Ulasan Celeste – Antara Permainan Platformer Terbaik Pernah Dikeluarkan


TIPS & ULASAN