Informasi Permainan Video Terkini
Bioware Mengesahkan Yang Anthem Tidak Akan Menyertakan Kotak Tikam
PC

Bioware Mengesahkan Yang Anthem Tidak Akan Menyertakan Kotak Tikam

Diterbitkan pada Jan 14, 2019 oleh .

Bioware sebelum ini mengatakan yang mikro-transaksi yang disertakan di dalam permainan Anthem hanya melibatkan barangan kosmetik sahaja, namun ramai yang khuatir permainan tersebut akan menggunakan kotak tikam sebagai cara untuk menjual barangan kosmetik tersebut.

Pada tahun lepas, kami juga melaporkan yang penganalisa Michael Patcher mengatakan Anthem akan mempunyai kotak tikam tetapi terhad kepada barangan kosmetik. Sistem tersebut adalah sepertimana Overwatch memasarkan barangan di dalam permainan mereka.

Namun, ketua penerbit Bioware Michael Gamble melalui akaun Twitter beliau mengatakan yang Anthem tidak akan menyertakan sebarang kotak tikam. Sebaliknya, segala barangan kosmetik akan dijual secara terus melalui mikro-transaksi.

Ini adalah satu berita yang positif, seperti yang kami suarakan sebelum ini, sistem kotak tikam adalah tidak patut disertakan dan terdapat pelbagai cara lain yang boleh digunakan untuk menambah jumlah pendapatan sesuatu permainan

Bacaan Lanjut: Sistem Kotak Tikam – Baik Atau Buruk Untuk Industri Permainan Video

Anthem merupakan permainan aksi menembak atas talian yang dibangunkan oleh Bioware dan diterbitkan oleh EA. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019. Demo terbuka untuk permainan ini akan bermula pada 1 Februari 2019.


TIPS & ULASAN