Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) Permainan SNES Akan Disertakan Bersama Nintendo Switch Online

(Ura-ura) Permainan SNES Akan Disertakan Bersama Nintendo Switch Online

Diterbitkan pada Jan 14, 2019 oleh .

Bersama dengan Nintendo Switch Online, Nintendo memberikan beberapa permainan NES secara percuma dan mereka menambah permainan baharu setiap bulan, seperti Januari ini, mereka menyertakan Zelda II dan Blaster Master.

Buat masa ini, ia hanya terhad untuk permainan Nintendo Entertainment System (NES) sahaja. Namun, berdasarkan kuciran oleh Kapuccino beberapa permainan Super Nintendo Entertainment System (SNES) akan turut disertakan.

Menurut beliau, data tersebut di ambil daripada kod untuk NES Online. Antara permainan yang tersenarai adalah Super Mario Kart, Super Soccer, Legend of Zelda: Link to the Past, Super Mario World dan Super Mario All-Stars.

Namun, ini adalah sekadar perlombongan data sahaja dan tiada sebarang pengesahan daripada Nintendo. Ia juga mungkin satu aplikasi berlainan yang akan dijual secara berasingan.


TIPS & ULASAN