Musim terakhir Game of Thrones bakal ditayangkan tidak lama lagi, bersempena dengannya HBO telah mengeluarkan pelbagai gambar serta video acah ringkas untuk siri tersebut.

Hari ini, mereka berkongsi satu lagi video acah, kali ini memfokuskan ke makam yang terdapat di Winterfell. Video tersebut memperlihatkan tiga orang Stark iaitu Jon Snow, Sansa Stark dan Arya Stark berjalan di dalam makam tersebut yang berseling dengan pelbagai kata-kata daripada ibu bapa mereka.

Pada pengakhiran video tersebut ia juga memperlihatkan yang tiga tugu untuk mereka diperlihatkan, yang biasanya di buat untuk watak yang sudah mati. ‘Winter’ juga diperlihatkan sudah tiba ke Winterfell. Tidak pasti jika video acah tersebut adalah sebahagian daripada siri TV tersebut ataupun sekadar perlambangan.

Game of Thrones musim terakhir iaitu musim ke-8 akan mula ditayangkan pada 14 April 2019.

Sohor Kini