Seperti anda, kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk bermain permainan Ace Combat 7: Skies Unknown yang mana ianya bakal tiba tidak lama lagi di Playstation 4, Xbox One dan PC.
Terkini, bersempena dengan pelancaran yang semakin hampir, Bandai Namco berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bentuk multi-pemain buat permainan tersebut.
Melalui video tersebut, Bandai Namco memperlihatkan sebilangan pengubah-suaian yang pemain boleh lakukan buat jet pejuang dari segi senjata, lambang dan sebagainya.
Dari segi mod pula, buat masa ini ianya mempunyai dua mod utama iaitu mod “Battle Royal” yang memfokuskan pemain bertempur dengan sesama pemain lain dan mod “Team Death Match” iaitu ia memfokuskan bentuk pertempuran secara berpasukan.
Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 18 Januari 2019 ini. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 1 Februari 2019. Bagi mod realiti-maya, ianya hanya esklusif buat Playstation VR dan ianya akan tiba secara bersama buat versi Playstation 4.
Sebelum ini, Bandai Namco juga mengumumkan edisi terhad yang mana ianya boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Bandai Namco.