Skip to main content

Tampaknya drama dan masalah Fallout 76 masih lagi berlangsung pada awal tahun 2019 ini. Terkini, melalui laporan Engadget, pemain Fallout 76 secara tidak sengaja terjumpa satu bilik rahsia khas di dalam permainan tersebut yang mana ianya menempatkan kesemua barangan yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Berdasarkan video di atas, pemain tampaknya bukan sahaja dapat mengakses segala pelan-pelan untuk menghasilkan barangan dan senjata di dalam permainan tersebut, malah terdapat juga baju perisai Power Armor yang masih belum dilancarkan untuk pemain gunakan.

Walaupun begitu, berdasarkan laporan, Bethesda Softworks tampaknya mengambil tindakan buat pemain yang berjaya masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dengan menggantungkan akaun mereka.

Sememangnya dengan kebolehan untuk mengakses bilik tersebut adalah sesuatu yang tidak adil buat pemain. Walaupun begitu ianya agak pelik kenapa Bethesda Softworks meletakkan bilik tersebut di dalam pelayan umum permainan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, Bethesda Softworks masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaannya. Seperti biasa, akan kami kemaskini jika terdapat sebarang pengumuman kelak.

Fallout 76 adalah permainan terkini bagi siri tersebut yang mana ianya memfokuskan bentuk multi-pemain. Ianya telahpun dilancarkan pada November lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami di Aksiz juga telahpun membuat ulasan berkenaan permainan tersebut dan anda boleh membacanya di pautan bawah.

Leave a Reply