Anda kini berupaya untuk mencuba permainan perlawanan akan datang oleh Koei Tecmo, iaitu Dead Or Alive 6 melalui sesi percubaan atas-talian beta di Playstation 4.

Sesi percubaan tersebut boleh dimuat-turun melalui Playstation Store, dengan saiz sekitar 8GB. Namun, ianya adalah terhad buat pelanggan Playstation Plus sahaja. Menurut Koei Tecmo, ianya boleh dimain secara atas-talian sahaja dan ia bermula 11 Januari jam 10 pagi sehingga 14 Januari jam 11 malam.

Melalui sesi percubaan beta Dead Or Alive 6 akan menyertakan 5 watak yang boleh dimainkan iaitu Kasumi, Ayane, Hayabusa, Hayate dan Diego. Bagi anda yang ingin mencubanya, pastikan anda berbuat demikian sebelum 14 Januari kelak.

Baru-baru ini, Koei Tecmo juga mengumumkan bahawa Dead Or Alive 6 ditunda dimana ianya kini bakal tiba pada 1 Mac 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini