Informasi Permainan Video Terkini
Demo Terhad God Eater 3 Boleh Dimuat-Turun Di Playstation 4 – Terhad Sehingga 14 Januari

Demo Terhad God Eater 3 Boleh Dimuat-Turun Di Playstation 4 – Terhad Sehingga 14 Januari

Diterbitkan pada Jan 13, 2019 oleh .

Bandai Namco minggu ini melancarkan demo terhad buat permainan God Eater 3 dimana ianya boleh dimainkan bermula 11 Januari lepas sehingga 14 Januari ini iaitu jam 7 pagi.

Menurut Bandai Namco, demo tersebut akan membenarkan pemain untuk menghasilkan watak mereka sendiri dan mencuba mod solo bersama-sama mod multi-pemain. Menariknya juga, mod Assasult Missions juga boleh dicuba, iaitu mod koperasi sebanyak 8 pemain.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba demo tersebut setakat hari ini dan esok, anda boleh muat-turun demo tersebut yang bersaiz sekitar 8GB melalui PSN Store.

God Eater 3 merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Bandai Namco. Melaluinya, pemain akan memburu pelbagai raksasa disamping mengumpul kelengkapan barangan dan senjata. God Eater 3 akan dikeluarkan pada 8 Februari 2019 untuk Playstation 4 dan PC.


TIPS & ULASAN