Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Berkongsi Tarikh Kemaskini Kandungan Epilog Dan Rahsia Buat Kingdom Hearts 3

Square-Enix Berkongsi Tarikh Kemaskini Kandungan Epilog Dan Rahsia Buat Kingdom Hearts 3

Diterbitkan pada Jan 13, 2019 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Tetsuya Nomura iaitu pengarah buat permainan Kingdom Hearts 3 menyatakan bahawa mereka tidak menyertakan kandungan epilog dan rahsia buat permainan tersebut melalui kandungan teras permainan akibat ingin mengelak daripada ianya tertiris.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh kemaskini buat kandungan tersebut dimana pemain berupaya untuk memuat-turunnya melalui kemaskini permainan tersebut.

Menurut Square-Enix, pada 29 Januari 2019 ini mereka akan mengemaskini permainan tersebut dengan kandungan 1.01 yang mana ianya menyertakan kandungan ‘Memory Archieve’. Melalui kandungan tersebut, pemain berupaya untuk melihat kandungan penceritaan setakat ini buat siri Kingdom Hearts tersebut.

Manakala pada 30 Januari pula, kandungan epilog akhirnya akan dilancarkan melalui kemaskini permainan tersebut dimana pemain yang berjaya menghabiskan permainan tersebut berupaya untuk melihat video epilog permainan tersebut.

Akhir sekali pada 31 Januari, Square-Enix akhirnya akan melancarkan kemaskini buat kandungan rahsia yang mana untuk mendapatkannya pemain perlu menghabiskan permainan tersebut dan melengkapkan sesuatu kriteria untuk mengakses kandungan tersebut.

Sememangnya pilihan untuk kemaskini ini merupakan pilihan yang bijak buat Square-Enix, dimana pada Disember lepas, permainan tersebut telahpun tertiris dan terdapat pelbagai beberan yang dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Walaupun begitu, ianya juga adalah berita buruk buat mereka yang tidak mempunyai akses internet untuk memuat-turun kemaskini tersebut. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya beberan utama permainan tersebut dapat dielakkan disebabkang langkah sedemikian.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut. Sony juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 yang mana anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.


TIPS & ULASAN