Lanjutan daripada pengumuman kolaborasi The Witcher 3 dan Monster Hunter World, Capcom minggu ini akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran buat acara kolaborasi iaitu pada 8 Februari 2019 ini.
Walaupun begitu, acara tersebut bakal di konsol dahulu secara kemaskini percuma. Buat pemain PC, Capcom menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan kemudian.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, acara ini akan
membawa watak Geralt Of Rivia ke dalam permainan Monster Hunter World bersama-sama dengan sebilangan misi baharu. Selain itu, mereka juga merekodkan suara latar khas daripada suara latar asal buat watak Geralt Of Rivia tersebut dan kolaborasi ini akan menyertakan adegan khas bersama pemain dan watak Geralt of Rivia tersebut.
Monster Hunter World telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC tahun ini. Ianya adalah permainan aksi RPG yang bentuk pemburuan raksasa bersama-sama dengan bentuk permainan koperasi multi-pemain secara atas-talian. Monster Hunter World merupakan permainan terlaris oleh Capcom dan mendapat pelbagai anugerah sejak pelancarannya oleh Capcom