Informasi Permainan Video Terkini
Sony Dan FTX Games Mengumumkan Permua Berasakan Siri TV Breaking Bad – Breaking Bad: Criminal Elements

Sony Dan FTX Games Mengumumkan Permua Berasakan Siri TV Breaking Bad – Breaking Bad: Criminal Elements

Diterbitkan pada Jan 13, 2019 oleh .

Breaking Bad adalah siri tv mengenai seorang cikgu kimia yang terlibat dengan kartel dadah. Ia adalah satu siri tv yang bermula pada tahun 2008 dan berakhir pada tahun 2013 melalui musim kelima. Watak utama siri tv ini adalah Walter White (lakonan Bryan Cranston) dan dibantu oleh Jesse Pinkman (lakonan Aaron Paul).

Terkini, Sony dan FTX Games mengumumkan permua berasaskan siri tv ini. Permua ini akan dibangunkan oleh Plamee yang turut pernah membangunkan permua berasaskan siri tv menegnai kartel dadah – Narcos. Permua berasaskan Breaking Bad ini berjudul Breaking Bad: Criminal Elements. Ia akan memperlihatkan watak-watak terkenal seperti Walter White, Jesse Pinkman, Gus Fring, Saul Goodman, dan Mike Ehrmantraut.

Breaking Bad: Criminal Elements adalah permua strategi untuk pemain mengekalkan operasi jenayah Dan meletakkan pemain pada situasi yang sukar, seperti membuat keputusan sama ada ia bermoral atau tidak. Perkara seperti ini dinamakan dilema moral. Ia akan hadir pada platform iOS dan Android bermula tahun ini.


TIPS & ULASAN