Rockstar Games minggu ini mengumumkan mod permainan baharu buat Red Dead Online iaitu Gun Rush. Gun Rush merupakan mod permainan pertempuran royale yang melibatkan 32 pemain untuk satu sesi.

Seperti permainan pertempuran royale yang lain, pemain perlu mencari senjata dan juga peluru di satu kawasan yang akan semakin mengecil. Selain itu mereka juga mengumumkan beberapa kemaskini yang bakal tiba untuk permainan tersebut.

Antaranya adalah Daily Challenges yang menyertakan pelbagai cabaran untuk pemain setiap hari, perubahan untuk sistem Law and Bounty juga akan dikeluarkan antaranya adalah pemain yang melakukan jenayah akan menerima akan mendapat bounty yang perlu dijelaskan dalam masa tertentu sebelum pemburu akan memburu untuk memaksa pemain membayar atau melarikan diri.

Sistem Parley juga akan dipertingkatkan, melaluinya sistem tersebut akan lebih mudah untuk digunakan untuk memberi peluang kepada pemain mengelak daripada pemain yang agresif. Akhir sekali, perubahan kepada penanda pemain juga akan diperkenalkan. Melaluinya, penanda pemain akan hanya boleh dinampak oleh pemain lain pada jarak yang dekat sahaja, tambahan mereka juga akan mengelapkan warna penanda pemain yang agresif, agar pemain lain dapat mengelak.

Red Dead Online Beta mula dibuka kepada semua pemilik Red Dead Redemption 2 pada 30 November tahun lepas untuk Playstation 4 dan Xbox One.

Bacaan Lanjut: Ulasan Red Dead Redemption 2 – Permainan Simulasi Koboi Yang Epik Dengan Pelbagai Kandungan

Sohor Kini