Satu minggu sahaja lagi untuk The Punisher musim kedua disiarkan di Netflix. Seperti yang semua sedia maklum, The Punisher adalah salah satu daripada dua siri tv Netflix Marvel yang belum ditamatkan. Tetapi, kemungkinan besar The Punisher musim kedua adalah musim akhir buat siri tv ini.
Video acah terkini telah diterbitkan oleh Netflix. Ia memperlihatkan sedikit misi Frank Castle/The Punisher (lakonan Jon Bernthal) yang terlibat dengan seorang gadis bernama Amy Bendix (lakonan Giorgia Whigham) yang hampir dibunuh. Gadis ini penuh dengan misteri kerana beliau mempunyai informasi dan rahsia yang Frank ingin tahu. Selain itu, Frank bertemu kembali dengan musuh lama Billy Russo/Jigsaw (lakonan Ben Barnes) dan turut bertemu dengan musuh baru John Pilgrim (lakonan Josh Stewart).
The Punisher musim kedua boleh ditonton bermula 18 Januari 2019 ini, iaitu hari Jumaat. Sama-sama kita nantikan kelak.