Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Kini Memiliki IP Permainan Outcast

THQ Nordic Kini Memiliki IP Permainan Outcast

Diterbitkan pada Jan 11, 2019 oleh .

Outcast merupakan permainan aksi pengembaraan yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1999. Ia dibangunkan oleh Appeal. Permainan terbaru siri tersebut iaitu Outcast: Second Contact dikeluarkan pada tahun 2017.

Melalui satu pengumuman ringkas oleh THQ Nordic, mereka kini memiliki IP permainan tersebut selepas pengambilalihan permainan tersebut daripada 3 pemilik asal sudah diselesaikan.

Seperti IP lain yang diambil alih oleh THQ Nordic, mereka tidak lagi mengumumkan apa yang akan dilakukan dengan IP tersebut. Kami pun tidak pasti apa yang ingin dilakukan oleh THQ Nordic dengan IP-IP yang kini dimiliki oleh mereka.


TIPS & ULASAN