Skip to main content

Bungie hari ini mengumumkan yang mereka kini memiliki hak penuh untuk menerbit permainan dalam talian yang dibangunkan oleh mereka iaitu Destiny. Sejak permainan Destiny yang pertama, ia merupakan hasil kerjasama antara Bungie dan Activision sebagai penerbit.

Menurut Bungie melalui penulisan di laman meraka, dengan sokongan komuniti permainan tersebut, mereka bersedia untuk menerbitkan permainan tersebut tanpa bantuan daripada Activision. Manakala Activision dikatakan akan lebih memfokuskan kepada IP rekaan mereka.

Pada tahun 2010, Bungie mengumumkan perjanjian penerbitan dengan Activision selama 10 tahun, di dalam perjanjian tersebut, Bungie akan memiliki sepenuhnya IP yang dibangunkan oleh mereka. Dengan pengumuman ini, tampaknya perjanjian tersebut berakhir lebih awal.

Ini merupakan satu pengumuman yang mungkin akan mendapat reaksi positif daripada pemain Destiny. Destiny 2 telah menerima pelbagai kritikan daripada pemain kerana sistem ekonomi yang digunakan. Kritikan tersebut kebanyakannya ditujukan kepada Activision. Dengan Bungie menerbitkan permainan ini sendiri, mungkin akan mencipta kembali kepercayaan pemain terhadap permainan tersebut.

Activision sebelum ini juga ada mengumumkan yang jumlah pendapatan yang dijana oleh Destiny 2 tidak mencapai seperti yang diharapkan. Manakala Bungie pula mengatakan mereka gembira dengan apa yang dicapai oleh Destiny 2.

Perpisahan ini mungkin adalah perkara yang baik untuk kedua-dua syarikat. Apa pendapat anda?

Leave a Reply