Skip to main content

Catherine merupakan permainan platformer tekaria yang asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 pada 2011 lepas. Permainan tersebut dibangunkan oleh Atlus dan diterbitkan oleh SEGA.

Kini, SEGA mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut semula di PC melalui Steam, dengan nama Catherine: Classic yang mana kini sudah pun mula dijual dengan harga RM85.

Melalui versi ini, Atlus menyatakan bahawa permainan ini akan menyokong resolusi 4k dan juga sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual bersama kadar bingkai sesaat. Selain itu, bersempena dengan pelancarannya di PC, Atlus juga menyertakan sebilangan kandungan tambahan lain seperti muzik latar, set avatar dan latar belakang.

Walaupun begitu, Catherine: Classic bukanlah permainan Catherine: Full Body yang diumumkan oleh Atlus sebelum ini. Catherine: Full Body merupakan permainan Catherine yang diolahkan semula dengan watak baharu bersama-sama kandungan baharu. Namun, bagi versi tersebut ianya buat masa ini hanya dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita sahaja.

Seperti biasa, buat masa ini masih belum terdapat sebarang informasi lanjut berkenaan Catherine: Full Body dan menurut Atlus, ianya bakal tiba secara global pada tahun ini. Namun, bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Catherine, anda mungkin boleh mencubanya dahulu melalui versi PC, iaitu Catherine: Classic yang dilancarkan hari ini di Steam.

[info] Beli Steam : Catherine: Classic [/info]

Leave a Reply