Ketika acara Nintendo Direct September lepas, Nintendo dan Square-Enix mengumumkan sebilangan permainan Final Fantasy akan tiba di konsol Switch yang mana hari ini, Square-Enix akhirnya mengumumkan dua daripadanya akan tiba di konsol Switch pada April ini buat pasaran Malaysia yang mana ianya bakal diterbitkan oleh Bandai Namco.

Menurut Bandai Namco, dua permainan Final Fantasy adalah, Final Fantasy X / X-2 HD Remaster dimana ianya akan dilancarkan pada 11 April 2019 manakala Final Fantasy XII The Zodiac Age pula akan dilancarkan pada 25 April 2019.

Kedua-dua permainan tersebut merupakan permainan pernambah-baikkan Final Fantasy yang dilancarkan di Playstation 2 sebelum ini. Square-Enix sebelum ini telah pun melancarkannya di konsol Playstation 4 dan juga PC dimana Final Fantasy X/X-2 HD Remaster menyertakan dua Final Fantasy iaitu Final Fantasy X dan Final Fantasy X-2.

Manakala Final Fantasy XII The Zodiac Age merupakan permainan pernambah-baikkan oleh Square-Enix yang dilancarkan pada 2017 lepas di Playstation 4 dimana ianya menerima pelbagai pernambah-baikkan seperti kandungan baharu dan juga sebilangan pernaik-tarafan visual.

Bersempena dengan pengumuman ini, Akihiko Yoshida iaitu artis karya seni buat Final Fantasy XII The Zodiac Age juga menyertakan karya baharu dimana anda boleh melihatnya di atas.

Tambahan itu, buat pemain konsol Xbox One, Square-Enix juga menyatakan bahawa kedua-dua permainan di atas akan tiba di konsol tersebut dimana Final Fantasy X/X-2 HD Remaster akan tiba pada 16 April 2019 diikuti dengan Final Fantasy XII The Zodiac Age pada 30 April 2019.

Sememangnya ini satu pengumuman yang sangat menarik dimana antara permainan klasik Final Fantasy tampaknya kini semakin tiba di pelbagai platform, sekaligus memberi peluang kepada ramai pemain di seluruh dunia untuk mencuba dan bermain antara klasik JRPG Final Fantasy yang sangat menarik.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Final Fantasy X/X-2 HD Remaster dan Final Fantasy XII The Zodiac Age menjelang April ini di Switch dan juga di Xbox One.

Sohor Kini