Informasi Permainan Video Terkini
Anime Final Fantasy XV: Episode Ardyn Prologue Akan Ditayangkan Pada Februari Ini

Anime Final Fantasy XV: Episode Ardyn Prologue Akan Ditayangkan Pada Februari Ini

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa anime pendek Final Fantasy XV: Episode Ardyn Prologue akan ditayangkan pada Februari ini. Anime tersebut sebelum ini diacahkan yang mana ianya mengisahkan penceritaan bagaimana Ardyn berdendam dengan keluarga Noctis.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, Square-Enix juga mempertontonkan satu video acah anime tersebut dimana anda boleh menontonnya dibawah.

Final Fantasy XV: Episode Ardyn Prologue merupakan anime pendek khas yang mana ianya bakal menceritakan kisah sebelum buat DLC Final Fantasy: Episode Ardyn yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Buat masa ini tidak banyak informasi lanjut yang dikongsikan dan seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman lanjut.


TIPS & ULASAN