Skip to main content

NIS America hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan retro koleksi, SNK 40th Anniversary Collection ke konsol Playstation 4 pada 19 Mac 2019 ini.

Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di konsol Switch pada tahun lepas dan ianya menyertakan 13 permainan retro bersama-sama 11 lagi permainan tambahan melalui kemaskini percuma.

Berikut adalah senarai permainan yang disertakan ketika pelancaran dan juga permainan percuma melalui kemaskini:

  • Alpha Mission
  • Athena
  • Crystalis
  • Ikari Warriors
  • Ikari III: The Rescue
  • Guerrila War
  • P.O.W.
  • Prehistoric Isle In 1930
  • Psycho Soldier
  • Street Smart
  • T.N.K. III
  • Vanguard
  • Victory Road
  • Chopper I
  • Fantasy
  • Munch Mobile
  • Sasuke VS. Commander
  • Time Soldiers
  • Bermuda Triangle
  • Paddle Mania
  • Ozma Wars
  • Beast Busters
  • SAR: Search And Rescue
  • World Wars

Menurut NIS America, melalui versi Playstation 4 ini, permainan-permainan tersebut akan menyokong resolusi 4k buat konsol Playstation 4 Pro.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan koleksi permainan ini, anda boleh melayari laman rasmi permainan tersebut dan melihat kesemua senarai permainan dan video bentuk permainan yang disertakan.

Leave a Reply