Skip to main content

Tampaknya, selain siri permainan Life Is Strange dan beberapa permainan yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Microsoft hari ini mengejutkan pemain-pemain dengan menyertakan permainan perlawan Ultimate Marvel VS Capcom 3 di Xbox Game Pass.

Ultimate Marvel VS Capcom 3 merupakan permainan perlawanan yang dilancarkan pada 2011 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Permainan tersebut dilancarkan semula di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2017 lepas.

Pada tahun yang sama, Capcom juga melancarkan Marvel Vs Capcom: Infinite, iaitu permainan seterusnya buat siri tersebut. Namun ianya tidak mendapat sambutan ramai oleh peminat akibat bentuk permainan yang diubah menjadi lebih ringkas.

Sememangnya langganan Xbox Game Pass menjadi semakin berbaloi terutamanya dengan pengumuman sistem ganjaran yang baru sahaja diumumkan awal hari ini, ianya sudah pasti menjadi salah satu sebab untuk memiliki konsol Xbox One.


Xbox Game Pass buat masa ini adalah servis eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.

Leave a Reply