Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mengumumkan Sesi Beta Terbuka Untuk Jump Force – Bermula 18 Januari 2019

Bandai Namco Mengumumkan Sesi Beta Terbuka Untuk Jump Force – Bermula 18 Januari 2019

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Bandai Namco hari ini memberi peluang kepada semua pemain untuk mencuba permainan perlawanan mereka iaitu Jump Force dengan mengumumkan sesi beta terbuka untuk permainan tersebut bagi pemain di Playstation 4 dan Xbox One.

Melalui sesi tersebut pemain boleh mencuba 17 watak dan 5 kawasan berbeza. Secara keseluruhan terdapat 4 sesi iaitu;

  • Sesi 1 – 18 Januari 2019 / 8 malam sehingga 11 malam
  • Sesi 2 – 19 Januari 2019 / 1 petang sehingga 4 petang
  • Sesi 3 – 20 Januari 2019 / 12 pagi sehingga 2 pagi
  • Sesi 4 – 21 Januari 2019 / 4 pagi sehingga 7 pagi

5 kawasan yang disediakan adalah New York, Hong Kong, Namek, Matterhorn, dan Mexico. Manakala 17 watak yang disediakan semasa sesi beta ini adalah seperti berikut;

  • Monkey D. Luffy (One Piece)
  • Himura Kenshin (Rurouni Kenshin)
  • Vegeta (Dragon Ball)
  • Frieza (Dragon Ball)
  • Blackbeard (One Piece)
  • Younger Toguro (Yu Yu Hakuso)
  • Hisoka (Hunter x Hunter)
  • Gon (Hunter x Hunter)
  • Sasuke (Naruto)
  • Pegasus Seiya (Saint Seiya)
  • Son Goku (Dragon Ball)
  • Roronoa Zoro (One Piece)
  • Yusuke Urameshi (Yu Yu Hakusho)
  • Ichigo Kurosaki (Bleach)
  • Rukia Kuchiki (Bleach)
  • Kenshiro (Fist of the North Star)
  • Naruto (Naruto)

Jump Force akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN