Informasi Permainan Video Terkini
Siri TV Vision dan Scarlet Witch Untuk Disney+ Akan Ditulis Oleh Penulis Captain Marvel

Siri TV Vision dan Scarlet Witch Untuk Disney+ Akan Ditulis Oleh Penulis Captain Marvel

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Disney+ adalah platform penstriman Disney tersendiri. Ia akan menyiarkan pelbagai filem dan siri tv dari Disney dan Marvel. Ya, Marvel. Menari sekali, siri tv Marvel dalam Disney+ akan berkait rapat dengan MCU. Ia adalah seperti siri Agents of S.H.I.E.L.D sebelum ini.

Salah satu siri tv Marvel yang akan disiarkan pada platform ini adalah kisah Falcon dan Winter Soldier. Kemudian, satu lagi siri TV Marvel yang sudah pasti akan disiarkan adalah kisah Scarlet Witch dan Vision di mana dalam siri tv ini, Loki turut akan tampil. Apa yang menarik mengenai siri tv Scarlet Witch dan Vision ini adalah ia akan ditulis oleh penulis filem Captain Marvel iaitu Jac Schaeffer.

Perkara menarik lain mengenai siri tv Marvel ini adalah, semua pelakon dikatakan akan kekal sama dari filem MCU. Disney tidak akan gunakan pelakon lain bagi menggantikan watak-watak hebat ini. Menurut sumber, Loki juga akan mempunyai siri TV tersendiri dan Jac Schaeffer turut dikatakan terlibat dengan filem yang memfokuskan Black Widow yang akan memulakan rakaman pada tahun ini.


TIPS & ULASAN