Skip to main content

Deep Silver hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa edisi terhad Master Artyom secara khas yang mana ianya hanya mempunyai 10 unit sahaja. Edisi tersebut akan menyertakan pelbagai kandungan dan barangan yang dihasilkan secara eksklusif dan tidak akan dijual. Antara kandungan yang disertakan adalah:

  • Kotak Bes Khas
  • Jam Tnagan Nixie yang beroperasi
  • Topeng gas bersama penapis
  • Pemetik api peluru
  • Tag anjing yang diukir dengan nama penerima
  • Peta kulit Aurora
  • Sijil khas yang ditanda tangani oleh Dmitry Glukhovsky dan Andrew Prof Prokhorov

Bagi anda yang berminat untuk melihat kandungan tersebut dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video promosinya dibawah.

Menurut Deep Silver, 1 unit edisi tersebut akan diberikan kepada pembangun, 4A Games dan 9 lagi unit akan diberikan kepada peminat secara percuma. Namun, untuk berpeluang untuk mendapatkannya, anda perlu mendaftar di laman rasmi Metro Exodus dan mengikuti Facebook dan Twitter Metro untuk sebarang pengumuman yang bakal mereka umumkan.

Sebelum ini, Deep Silver juga mengumumkan edisi terhad Spartan buat Metro Exodus juga bakal tiba dan dijual dengan harga sekitar RM629. Berkas konsol Xbox One X juga diumumkan yang mana juga bakal tiba apabila permainan tersebut dilancarkan kelak.

Metro Exodus akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply