Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Melancarkan Sistem Misi Dan Ganjaran Buat Xbox Game Pass

Microsoft Melancarkan Sistem Misi Dan Ganjaran Buat Xbox Game Pass

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Bagi anda yang mempunyai konsol Xbox One dan juga langganan Xbox Game Pass, anda mungkin akan berminat dengan sistem misi dan ganjaran baharu yang diumumkan oleh Microsoft hari ini.

Melalui sistem baharu ini, Microsoft akan menyediakan satu ganjaran Microsot Rewards Points yang mana pemain boleh dapatkan dengan bermain permainan-permainan yang terdapat di dalam Xbox Game Pass, mengikut misi yang diberi.

Setelah pemain melengkap misi tersebut, pemain berupaya untuk menebus ganjaran tersebut dan mengggunakannya untuk mendapatkan DLC, kad hadiah, permainan dan sebagainya.

Bermula hari ini sehingga 3 Februari 2019 ini, Microsoft menyediakan 7 misi yang mana keseluruhan misi tersebut akan menyediakan ganjaran Microsoft Rewards Point bernilai 2100. Berikut adalah senarai 7 misi tersebut:

  • Extraction Expert : Lengkapkan dua misi pengekstrakan di dalam permainan Tom Clancy’s The Division.
  • Metro Redux : Lengkapkan empat kejayaan buat Metro 2033 Redux dan Metro: Last Light Redux.
  • Adventurer: Lengkapkan dua kejayaan buat Strange Brigade.
  • Achievement Hunter: Dapatkan 21 kejayaan dimana-mana permainan di dalam senarai Xbox Game Pass.
  • Genre Explorer: Dapatkan kejayaan berbeza daripada 3 permainan yang bergenre berlainan.
  • Play Something New: Dapatkan kejayaan dimana-mana permainan di dalam senarai Xbox Game Pass yang dilancarkan Disember lepas.
  • Quest Master: Lengkapkan kesemua misi Xbox Game Pass.

Sememangnya ini adalah satu konsep yang menarik sekaligus buat mereka yang sering bermain permainan melalui Xbox Game Pass, mereka juga berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran dan juga berupaya untuk terus melanggan Xbox Game Pass secara berterusan dengan hanya menggunakan nilai ganjaran Microsoft Rewards Point tersebut.

Xbox Game Pass buat masa ini adalah servis eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.



TIPS & ULASAN