Skip to main content

Square-Enix hari ini berkongsi sebilangan imej khas yang mana mereka memperlihatkan senarai senjata Keyblade yang bakal tiba buat permainan akan datang Kingdom Hearts 3.

Bagi anda yang meminati siri Kingdom Hearts, anda pasti mengetahui setiap dunia yang terdapat di dalam permainan tersebut mempunyai rekaan senjata Keyblade yang berbeza. Berikut adalah senarai Keyblade berdasarkan dunia permainan dari kiri ke kanan:

  • Kingdom Key
  • Monster Inc
  • Hercules
  • Frozen
  • Big Hero 6
  • Winnie The Pooh
  • Toy Story
  • Tangled
  • Shooting Star
  • Pirates Of The Carribean

Walaupun senarai tersebut hanyalah mempunyai 10 jenis Keyblade sahaja, namun kami di Aksiz percaya akan terdapat pelbagai lagi Keyblade lain dan Square-Enix masih lagi merahsiakan rekaan senjata Keyblade Ultima Weapon. Seperti biasa, kami akan kongsikan jika terdapat sebarang kemaskini berkenaannya. Kami juga pasti akan mengulas permainan ini setelah ianya dilancarkan kelak.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut. Sony juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 yang mana anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.


Leave a Reply