Lanjutan pengumuman permua Alien: Blackout minggu ini, terdapat ramai peminat memberi kritikan terhadap 20th Century Fox dengan menyatakan bahawa mereka kecewa kerana pembangun tidak membawa sekuel kepada permainan Alien: Isolation.
Ini sekaligus menyebabkan 20th Century Fox mengeluarkan kenyataan melalui akaun Twitter rasmi Alien yang mana mereka mengesahkan bahawa terdapat pelbagai lagi pengumuman baharu buat francais tersebut. Kuciran tersebut juga disertakan dengan tagar Read Play Watch bersama-sama nama watak Amanda Ripley iaitu anak perempuan kepada Ellen Ripley, iaitu watak utama buat francais Alien. Amanda Ripley sebelum ini merupakan watak pemain di permainan Alien: Isolation yang dilancarkan di konsol dan PC beberapa tahun lepas.
Tambahan itu, 20th Century Fox juga mengeluar kenyataan yang mana permua Alien: Blackout adalah permainannya tersendiri dan tidak berkaitan dengan sebagai sekuel untuk Alien: Isolation.
Walaupun begitu, ketika artikel ini ditulis, 20th Century Fox tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan pengumuman baharu mereka yang lain malah mereka hanya menyatakan pengumuman tersebut akan dikongsikan pada masa akan datang.