Informasi Permainan Video Terkini
Siri Permainan Candy Crush Menjana Pendapatan Sebanyak RM6 Bilion Sepanjang Tahun 2018

Siri Permainan Candy Crush Menjana Pendapatan Sebanyak RM6 Bilion Sepanjang Tahun 2018

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Candy Crush merupakan siri permainan yang diterbitkan oleh King. Menurut anggaran Sensor Tower, siri permainan tersebut menjana pendapatan sebanyak $1.5 bilion (~RM6.1 bilion) sepanjang tahun 2018 dengan purata $4.2 juta(~RM17.2 juta) sehari.

Daripada jumlah tersebut, 63% adalah disumbangkan oleh permainan asal siri tersebut iaitu Candy Crush Saga yang menjana pendapatan sebanyak $945 juta (~RM2.6 bilion). Manakala permainan Candy Crush Soda Saga pula menjana 29% ataupun $443 juta(~RM1.8 bilion), Candy Crush Jelly Saga menjana $90 juta (~RM368 juta) dan permainan terbaru iaitu Candy Crush Friends Saga yang dikeluarkan pada Oktober tahun lepas menjana $3 juta(~RM12 juta) untuk tahun 3 bulan.

Jika ingin dibandingkan dengan tahun 2017, siri tersebut menjana pendapatan 6.5% lebih tinggi yang membuktikan siri permainan tersebut masih menerima sambutan, walaupun permaina asal Candy Crush Saga sudah dikeluarkan pada 6 tahun lepas.


TIPS & ULASAN