Paradox Interactive minggu ini mengumumkan pengambil-alihan IP Prison Architect daripada Introversion Software. Prison Architect merupakan permainan simulasi pengurusan penjara yang dibangunkan oleh Introversion Software.

Ia dikeluarkan untuk PC secara akses awal melalui Steam sebelum dikeluarkan secara penuh pada 6 Oktober 2015. Ia juga dikeluarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan Xbox 360 pada 28 Jun 2016. Manakala versi permainan mudah alih untuk iOS dan Android dikeluarkan pada 25 Mei 2017.

Pertama kali Paradox Interactive terlibat di dalam pengeluaran permainan tersebut adalah untuk versi permainan mudah alih. Menurut Paradox, mereka akan cuba untuk mengembangkan lagi IP Architect dan tidak terhad kepada penjara sahaja.

Paradox Interactive sebelum ini terkenal kerana mengeluarkan permainan seperti Cities: Skylines dan Surviving Mars.

Sohor Kini