Informasi Permainan Video Terkini
Pemain Yang Diharamkan Di Steam Meningkat Hampir 6 Kali Ganda Selepas CS:GO Ditawarkan Percuma
PC

Pemain Yang Diharamkan Di Steam Meningkat Hampir 6 Kali Ganda Selepas CS:GO Ditawarkan Percuma

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Valve pada Disember lepas mengumumkan yang Counter-Striker: Global Offensive (CS:GO) kini ditawarkan secara percuma selain menambah mod pertempuran royale iaitu Danger Zone.

Dengan perubahan tersebut, pemain untuk CS:GO meningkat dengan mendadak iaitu sesuatu yang sudah dijangkakan, namun, bersama dengan kejayaan tersebut hadir juga dengan pelbagai kekurangan iaitu bertambahnya pemain bermasalah.

Menurut laporan PCGamesN, jumlah pemain yang diharamkan untuk bulan Disember di Steam adalah sebanyak 609,373 akaun. Ini adalah hampir 6 kali ganda lebih tinggi berbanding bulan sebelum ini iaitu lebih 100 ribu.

Selain itu, sepanjang 15 tahun sistem Valve Anti-Cheat (VAC) digunakan, jumlah pemain yang diharamkan dalam masa sebulan tidak pernah melebih 200 ribu akaun.

Ini merupakan antara masalah yang perlu di atasi oleh mana-mana pembangun yang ingin menjadikan permainan mereka sebagai permainan percuma. Valve buat masa ini terjaga melalui sistem VAC mereka. Ini merupakan antara masalah yang kami bangkitkan semasa berborak mengenai Overwatch mungkin ditawarkan secara percuma pada tahun ini.


TIPS & ULASAN