The Division untuk PC selain dijual melalui Ubisoft Store, ia turut dijual melalui Steam. Namun, untuk The Division 2 tampaknya, Ubisoft beralih arah apabila tidak akan mengeluarkannya melalui Steam sebaliknya kedai dalam talian baharu oleh Epic Games, iaitu Epic Games Store.
Ini merupakan sesuatu yang agak penting di dalam perlumbaan antara Steam dan Epic Games Store. The Division 2 dijangkakan akan terjual dengan baik, dan sudah semestinya akan membawa lebih ramai pemain ke kedai dalam talian tersebut.
Buat masa ini, permainan Ubisoft yang lain masih dijual melalui Steam tetapi kemungkinan akan turut beralih ke Epic Games Store terutama ia menyediakan peratusan pulangan yang lebih tinggi.
The Division 2 bukanlah satu-satunya permainan yang tidak dikeluarkan di Steam sebaliknya di Epic Games Store sahaja. The Walking Dead: The Final Season selepas di tarik daripada Steam, turut dijual melalui Epic Games Store sahaja.

Selain itu, Ubisoft turut berkongsi spesifikasi PC unutk permainan tersebut yang kami sertakan di atas. The Division 2 akan dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.