Dengan pelancaran Ace Combat 7: Skies Unknown yang semakin hampir, Bandai Namco hari ini berkongsi video pembukaan buat permainan tersebut yang mana ianya memaparkan sebilangan adegan dan watak buat permainan tersebut.

Sememangnya visual grafik yang dipertontonkan melalui video di atas adalah sangat menawan yang mana pasti buat peminat siri Ace Combat tidak sabar untuk bermainnya. Video pembukaan di atas, kelihatan memfokuskan watak Avril Mead, iaitu seorang mekanik dari negara Osean.

Berdasarkan kenyataan Bandai Namco, Ace Combat 7: Skies Unknown kali ini meletakkan pada garis masa 2019, dimana pemain akan bermain sebagai watak yang dinama Trigger, dan terlibat dengan peperangan Second Usean Continental War ataupun dikenali sebagai Lighthouse War.

Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 18 Januari 2019 ini. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 1 Februari 2019. Bagi mod realiti-maya, ianya hanya esklusif buat Playstation VR dan ianya akan tiba secara bersama buat versi Playstation 4.

Sohor Kini