Melalui temu bual bersama Hideaki Itsuno, iaitu pengarah buat permainan Devil May Cry 5 oleh Gameshot hari ini, beliau menyatakan bahawa ketika sesi uji pembangunan permainan tersebut, mereka berjaya menghabiskan permainan tersebut dengan hanya 15 jam sahaja. Sememangnya, tempoh tersebut adalah hanya untuk mod penceritaan sahaja.

Tempoh masa tersebut adalah tempoh yang agak panjang jika dibandingkan dengan siri-siri Devil May Cry yang lain. Walaupun begitu, untuk permainan aksi seperti Devil May Cry 5, 15 jam adalah sudah memadai untuk sesi permainan pertama.

Kami percaya, setelah ianya dilancarkan, Capcom akan menyertakan pelbagai tahap kesukaran yang berbeza seperti siri Devil May Cry sebelum ini yang pasti akan memberi nilai main semula yang berbaloi.

Selain itu, Hideaki Itsuno juga menyatakan bahawa jika terdapat permintaan oleh peminat, mereka juga mungkin akan menambah senarai watak yang boleh dimainkan sebagai DLC. Setakat ini, Devil May Cry 5 disahkan mempunyai tiga watak yang boleh dimainkan iaitu Dante, Nero dan V.

Sebelum ini, Capcom juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo Devil May Cry 5 baharu buat Playstation 4 dan Xbox One.


Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini. Kami juga sebelum ini memberi pandang pertama buat demo pertama eksklusif yang dilancarkan sebelum ini dan bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah

Sohor Kini