Skip to main content

Idea Factory hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Fairy Fencer F: Advent Dark Force di Switch pada 17 Januari 2019 ini.

Menurut Idea Factory, permainan tersebut akan dilancarkan dengan harga $39.99(~RM165) secara digital melalui Nintendo eShop. Menariknya juga, Idea Factory juga akan menyertakan kesemua 25 DLC yang dilancarkan di Playstation 4 sebelum ini.

Fairy Fencer F merupakan siri permainan JRPG yang mana sebelum ini dilancarkan di Playstation 3 dan PC. Pada 2015 lepas, Compile Hearts dan Idea Factory melancarkan versi tambahan, Advent Dark Force di Playstation 4 yang mana ianya menyertakan sebilangan kandungan tambahan. Ianya juga telah pun dilancarkan di PC melalui Steam.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Fairy Fencer F: Advent Dark Force versi Switch, pastikan anda menyemak Nintendo eShop menjelang minggu hadapan untuk membelinya.

Leave a Reply