Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Berkongsi Kemaskini Bulan Januari Bagi Assassin’s Creed Odyssey
PC

Ubisoft Berkongsi Kemaskini Bulan Januari Bagi Assassin’s Creed Odyssey

Diterbitkan pada Jan 9, 2019 oleh .

Ubisoft hari ini mengumumkan sebilangan kemaskini baharu buat permainan Assassin’s Creed Odyssey yang mana salah satunya adalah episod seterusnya buat DLC Legacy Of The First Blade.

Melalui episod kedua bagi DLC Legacy Of The First Blade, pemain akan menyiasat bandar Achaia, yang mana ianya adalah sambungan buat episod pertama bagi DLC tersebut. Menurut Ubisoft, ianya bakal tiba pada 15 Januari 2019 dan bagi anda yang ingin mencubanya, anda perlu mempunyai pas musim permainan tersebut dan juga telah menamatkan episod pertama, Hunted dahulu.

Bagi kemaskini percuma buat The Lost Tales Of Greece pula, Ubisoft akan menyertakan kemaskini Daughters Of Lalaia, yang mana pemain berupaya untuk mengembara di misi baharu permainan tersebut. Namun misi tersebut hanya boleh di akses selepas pemain berjaya ke rantau Phokis selepas bahagian ke-5 permainan tersebut.

Kemakini kedua buat The Lost Tales Of Greece adalah A Poet’s Legacy yang mana juga akan menyertakan misi tambahan baharu buat pemain. Menurut Ubisoft, misi ini dipanggil Praxilla’s Admirer dan tahap peringkat pemain yang dicadangkan adalah sekurang-kurangnya tahap ke-34.

Ubisoft juga akan menyertakan musuh lagenda Cyclops baharu, iaitu Arges, Bright Ones yang mana pemain berpeluang untuk mendapatkan tukul Hephaistos setelah mengalahkan beliau. Musuh ini merupakan musuh khas selepeas pengakhiran permainan tersebut dan Ubisoft mencadangkan pemain sekurang-kurangnya berada di tahap ke-50 sebelum menempur Arges.

Watak Aya dari Assassin’s Creed Origins juga diumumkan sebagai watak tambahan baharu buat permainan Assassin’s Creed Odyssey ini dimana pemian berupaya untuk menggunakannya sebagai watak Legacy Lieutanant.

Pek kelengkapan baharu juga diumum iaitu pek Dionysos dan Athena dimana melaluinya, Ubisoft akan menyertakan sebilangan senjata, kostum dan juga haiwan pengankutan kerbau.

Ubisoft juga kali ini menyertakan sebilangan kemaskini buat permainan asas Assassin’s Creed Odyssey yang mana antaranya adalah skala musuh yang kini boleh diubah. Melaluinya, pemain mempunyai kebebasan untuk menetapkan tahap kesukaran skala musuh dari rendah sehinggalah sukar. Namun, tetapan tersebut tidak boleh digunakan jika pemain bermain di tahap kesukaran Nightmare. Bagi kemaskini lain, anda boleh membacanya di laman rasmi Ubisoft dibawah.

Assassin’s Creed Odyssey merupakan siri Assassin’s Creed terkini oleh Ubisoft dimana ianya sudahpun dilancarkan tahun lepas. Permainan tersebut dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh melayari pautan dibawah.


TIPS & ULASAN