Skip to main content

Kirby’s Extra Epic Yarn iaitu permainan platformer yang diumumkan ketika Nintendo Direct tahun lepas, akhirnya mendapat tarikh pelancaran iaitu pada 8 Mac 2019 ini di Nintendo 3DS.

Kirby’s Extra Epic Yarn merupakan permainan edisi tambahan daripada permianna asal Kirby’s Epic Yarn yang dilancarkan di Nintendo Wii sebelum ini. Melalui versi 3DS ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan sebilangan kawasan baharu bersama-sama kemahiran baharu yang bakal pemain gunakan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, ianya bakal tiba Mac ini dengan harga $39.99(~RM165) secara eksklusif di Nintendo 3DS.

Leave a Reply