Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 Diumumkan Buat Pasaran Malaysia – Berharga RM2,049

Berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 Diumumkan Buat Pasaran Malaysia – Berharga RM2,049

Diterbitkan pada Jan 9, 2019 oleh .

Antara produk yang dinantikan oleh ramai peminat siri Kingdom Hearts 3, iaitu berkas Playstation 4 Pro yang diumumkan sebelum ini, akhirnya rasmi diumumkan bakal tiba buat pasaran Malaysia.

Menurut Sony, berkas Playstation 4 Pro tersebut akan dilancarkan pada 29 Januari 2019 ini, iaitu tarikh yang sama dengan pelancaran permainan Kingdom Hearts 3 dan ianya akan dijual dengan harga RM2,049. Selain itu, Sony juga mengumumkan bahawa berkas tersebut akan menyertakan:

  • Playstation 4 Pro (Berstorankan 1TB dan versi CUH-7200)
  • Alat Kawalan Dualshock 4
  • Permainan Kingdom Hearts 3 edisi fizikal
  • Kod tema Kingdom Hearts 3 buat Playstation 4
  • Kod senjata khas Keyblade Playstation 4
  • Kod langganan Playstation Plus selama 3 bulan
  • Kod jaminan konsol selama 1 tahun

Dengan rekaan khas bertemakan Kingdom Hearts 3, sememangnya berkas ini adalah direka khas buat mereka yang menanti permainan Kingdom Hearts 3 yang bakal tiba hujung bulan. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini dimana-mana pengedar rasmi Playstation.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Bagi anda yang berminat untuk membeli edisi lain, kami sendiri sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut.

Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.



TIPS & ULASAN