Skip to main content

Riot Games sebelum ini memperacah mengenai watak baharu buat permainan League of Legends dengan memperlihatkan sekadar gambar rantai. Hari ini, melalui satu video acah, Riot Games mengumumkan hero baharu adalah Sylas the Unshackled.

Beliau merupakan hero jenis Melee yang tiba melalui kemaskini terbaru 9.2 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sylas mempunyai kuasa Chain Lash, Kingslayer, Abduct dan kuasa ultimate Hijack yang membolehkan watak tersebut mencuri ultimate daripada hero lain.

Ini merupakan penambahan yang menarik, pemain kini perlu behati-hati apabila menggunakan sesuatu hero, kerana ultimate hero tersebut mungkin digunakan kepada diri sendiri.

Leave a Reply