Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas konsol Xbox One X bersama permainan Metro Exodus. Menurut Microsoft, berkas tersebut akan dilancarkan pada 16 Februari 2019 ini dengan harga $499(~RM2058).

Melalui berkas Konsol Xbox One X tersebut, Microsoft akan menyertakan permainan Metro Exodus bersama-sama dengan permainan Metro sebelum ini, iaitu Metero 2033 Redux dan Metro: Last Light Redux. Selain itu, Microsoft juga akan menyertakan kod langganan untuk Xbox Game Pass dan Xbox Live Gold selama 1 bulan.
Selain itu, bersempena dengannya, 4A Games juga mempertontonkan trailer baharu khas yang memperlihatkan penceritaan bagi Metro Exodus. Melaluinya, terdapat beberapa adegan permainan yang bakal tiba buat permainan tersebut bersama-sama sebilangan musuh yang bakal pemain tempuhi.
Metro Exodus akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.