Skip to main content

Monster Boy and the Cursed Kingdom merupakan permainan platformer yang dikeluarkan oleh FDG Entertainment dan dibangunkan oleh Game Atelier. Ia dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 4 Disember tahun lepas.

Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi, FDG Entertainment mengumumkan yang permainan tersebut terjual lebih tinggi di Switch berbanding dengan PS4 dan Xbox One. Mereka mengatakan nisbah perbezaan adalah 8:1.

Monster Boy and the Cursed Kingom merupakan permainan terbaru berdasarkan siri permainan Wonder Boy yang diterbitkan oleh Sega untuk Arcade dan juga konsol Mega Drive. Selain PS4, Xbox One dan Switch, ia juga diumumkan untuk PC dan akan dikeluarkan pada awal tahun ini.

Leave a Reply