Marvel hari ini menganjurkan strim langsung iaitu Fantastic Four: World’s Greastest Week. Sepanjang strim tersebut mereka banyak memfokuskan mengenai permainan mudah alih Marvel Strike Force dan Marvel Future Fight.

Selain daripada itu mereka juga ada berbincang mengenai komik Fantastic Four. Boleh dikatakan strim tersebut tidaklah menarik dan tidak banyak perkara baharu yang diumumkan.

Sehinggalah bahagian terakhir strim tersebut mereka membuat satu kejutan dengan mengumumkan yang kandungan berdasarkan Fantastic Four akan tiba ke permainan Marvel’s Spider-man oleh Insomniac Games. Namun, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

Kami tidak merasakan ia adalah satu kandungan yang besar seperti satu DLC penceritaan, sebaliknya mungkin mereka akan menyediakan kostum berdasarkan siri tersebut secara percuma, seperti mana mereka mengumumkan kostum Sam Raimi sebelum ini.

Sohor Kini