Skip to main content

Permainan baharu Yoshi untuk Switch sudah diumumkan pada tahun lepas lagi, namun Nintendo tidak menyatakan judul ataupun tarikh ia akan dikeluarkan. Sebaliknya, mereka mengumumkan permainan tersebut akan tertunda ke tahun 2019.

Hari ini, secara mengejut Nintendo mengeluarkan video acah buat permainan tersebut yang akan berjudul Yoshi’s Crafted World. Video acah tersebut memperlihatkan permulaan bagi penceritaan untuk permainan tersebut.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada 29 Mac 2019. Ini merupakan antara permainan utama untuk Switch bagi tahun ini, jadi boleh dianggarkan ia akan dijual dengan harga penuh iaitu $59.99 (~RM247).

Leave a Reply