Seperti bulan-bulan yang lepas, Nintendo akan mengumumkan beberapa permainan NES baharu yang akan disertakan di dalam perkhidmatan Nintendo Switch Online mereka.
Bagi bulan Januari, Nintendo mengumumkan 2 lagi permainan baharu iaitu Zelda II: The Adventure of Link dan Blaster Master. Zelda II merupakan permainan kedua buat siri Zelda dan dikeluarkan pada tahun 1987 manakala Blaster Master dikeluarkan pada thaun 1988.
Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).