Skip to main content

Simon Hellwig, iaitu pengarah buat Kalypso Media hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menunda permainan Tropico 6, sehingga 29 Mac 2019. Permainan tersebut asalnya dirancang untuk dilancarkan pada hujung bulan ini.

Menurut Simon Hellwig, melalui kenyataan rasmi beliau di blog rasmi Kalypso Media, beliau menyatakan bahawa permainan tersebut masih memerlukan masa untuk dibangunkan supaya ianya dilancarkan sebagai satu permainan yang menarik dan berkualiti.

Tambah beliau, tindakan ini juga atas sebab mereka mendapat maklum balas daripada pemain-pemain beta bersama mereka sendiri, sekaligus mereka ingin menambah-baik permainan tersebut dan melancarkan dalam keadaan yang baik. Selain itu, beliau juga mengucapkan mohon maaf atas pengumuman yang agak lewat ini.

Beliau juga menyatakan bahawa buat mereka yang sudah pun membuat pra-tempahan dan ingin membatalkannya, mereka berupaya untuk berbuat demikian melalui platform yang dipra-tempah.

Namun, bagi mereka yang masih lagi pra-tempah permainan tersebut sebelum 7 Januari 2019, Kalypso Media akan menyediakan ganjaran DLC pertama permainan tersebut secara percuma, yang mana ianya dirancang untuk dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Tropico 6 merupakan permainan simulasi pembinaan dan pengurusan bandar. Ianya dirancang untuk dilancarkan di PC dan diikuti versi konsol yang mana juga bakal tiba tahun ini selepas versi PC.

Leave a Reply